fb fb fb fb fb

18 terbunuh akibat serangan Israel di Gaza

Kanak-kanak menangis atas kematian keluarganya akibat serangan Israel / Foto AFP

GAZA, 19 Jun – Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dalam serangan terbaharu oleh rejim Israel pada Khamis di sini.

Ini termasuk 15 orang awam yang sedang menunggu bantuan kemanusiaan berdekatan tempat pengagihan bekalan bantuan.

Menurut pegawai pertahanan awam, Mohammad al-Mugghayyir, serangan bermula sejak awal pagi dan menyasarkan beberapa kawasan di tengah dan utara Gaza.

“18 orang telah terbunuh akibat serangan berterusan tentera Israel sejak subuh. Daripada jumlah itu, 15 mangsa sedang menunggu bantuan di tapak pengagihan bantuan di tengah Gaza,” katanya.

Tiga lagi mangsa dilaporkan terbunuh akibat tembakan meriam di kawasan berhampiran Bandar Gaza. - AFP

SITI AISHA MELISA YUHANIZ