TOKYO, 20 Jun- Jepun kini menyaksikan lonjakan ketibaan pelancong asing yang luar biasa berikutan kelemahan nilai yen.
Jumlah pelawat dari luar negara meningkat sebanyak 47 peratus tahun lalu kepada angka tertinggi baharu iaitu 36.9 juta orang.
Tokyo kekal sebagai antara bandar terbesar dunia hasil gabungan budaya moden dan tradisional selain menjadi tarikan kepada pelancong.
Menjadi ibu negara Jepun sejak era Pemulihan Meiji pada tahun 1868, Tokyo kini dihuni oleh kira-kira 14 juta penduduk.
Sebagai destinasi pelancongan utama yang sedang tular, Tokyo menarik pelawat dari serata dunia dengan mercu tanda ikonik seperti Menara Tokyo, Persimpangan Shibuya dan Kuil Sensoji.- REUTERS