fb fb fb fb fb

NATO tingkatkan perbelanjaan pertahanan bukan ancaman kepada Rusia - Putin

Vladimir Putin menegaskan status tentera Rusia di Ukraine dalam sidang media di Saint Petersburg / Foto AFP

SAINT PETERSBURG, 19 Jun - Rancangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan tidak dianggap sebagai ancaman kepada Rusia.

Presiden Rusia Vladimir Putin menegaskan bahawa tentera Rusia tidak akan menghentikan kemaraan mereka di Ukraine dan mempertikaikan kedudukan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.

"“Kami tidak menganggap sebarang pembekalan senjata oleh NATO sebagai ancaman kepada Rusia, kerana kami cukup bersedia dalam memastikan keselamatan negara,” kata Putin dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di media tempatan.

Putin menyatakan kesediaan untuk bertemu Zelensky, namun hanya apabila peringkat akhir rundingan damai tercapai.

Sebelum ini Putin telah menolak permintaan Zelensky untuk bertemu secara langsung, dan menolak gencatan senjata sepenuhnya tanpa syarat.

Beliau turut mempertikaikan kesahihan politik Zelensky, dengan mendakwa mandat lima tahunnya telah tamat.

"Kita perlu mencari penyelesaian bukan sahaja untuk menamatkan konflik semasa, tetapi juga menghalang situasi sama daripada berulang dalam jangka panjang," kata Putin. - AFP

SITI AISHA MELISA YUHANIZ