fb fb fb fb fb

Arab Saudi kuatkuasa permit masuk ke Mekah bermula 23 April untuk musim haji

FOTO HIASAN

RIYADH, 19 April- Direktorat Am Keselamatan Awam Arab Saudi mengumumkan pelaksanaan urusan dan prosedur haji akan dikuat kuasa pada Rabu (23 April), mewajibkan semua yang ingin memasuki Mekah untuk mendapatkan permit masuk yang sah, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Mana-mana individu yang tidak mempunyai permit tidak akan dibenarkan melepasi sekatan keselamatan menuju ke kota suci itu.

Pihak berkuasa menegaskan bahawa aturan dan prosedur Haji bagi tahun 1446 Hijrah akan dikuatkuasakan dengan ketat.

Kenderaan dan penduduk yang tidak memiliki permit kerja di kawasan suci, kad pengenalan penduduk Makkah, atau permit Haji rasmi dari negara asal akan diarahkan berpatah balik.

Menurut Direktorat Keselamatan Awam, permit masuk ke Mekah bagi mereka yang bekerja semasa musim Haji akan dikeluarkan secara elektronik melalui platform "Absher Individuals" dan "Portal Muqeem", menerusi integrasi dengan platform digital bersepadu bagi pengeluaran permit Haji.- BERNAMA-SPA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE