fb fb fb fb fb

Arab Saudi kekal pendirian haramkan penjualan arak

RIYADH, 26 Mei- Arab Saudi kekal dengan pendirian untuk terus mengharamkan penjualan arak.

Menurut Penolong Menteri Pelancongan, Puteri Haifa Mohammed undang-undang berkaitan tidak akan diubah meskipun ketika negara itu sedang dalam usaha menarik kehadiran pelancong.

Perkara itu ditegaskan beliau dalam Forum Ekonomi Dunia.

Puteri Haifa menegaskan, prinsip negara itu mengenai perkara terbabit adalah jelas.

Tambahan lagi, Arab Saudi tidak berdepan masalah untuk menarik kehadiran pelancong ke negara itu.

(Penolong Menteri Pelancongan, Puteri Haifa Mohammed menjelakannya perkara itu dalam
Forum Ekonomi Dunia yang berlangsung di Davos /AFP)

Malah memaklumkan, minuman keras juga bukan menjadi produk pelancongannya.

Justeru, Arab Saudi akan mengekalkan undang-undang sedia ada.

Sejak 2018, negara terbbait giat melaksanan reformasi bersifat lebih terbuka bagi mengukuhkan perkembangan ekonomi dan sosialnya. -AFP

Media Baharu