TOKYO, 25 Disember- Satu kebakaran yang berlaku di pusat pembiakan anjing di pulau Hokkaido menyebabkan sekurang-kurangnya 34 ekor anjing pelbagai baka mati, kata pegawai balai bomba di bandar Chitose, Hokkaido.
Anggota bomba mengambil masa kira-kira empat jam untuk memadamkan kebakaran berkenaan.
Menurut laporan media tempatan, pusat pembiakan berkenaan menempatkan kira-kira 70 hingga 80 ekor anjing pelbagai baka termasuk dachshunds dan poodle.
Bagaimanapun punca kebakaran itu masih tidak diketahui dan sedang disiasat.
Namun pemilik pusat pembiakan berkenaan melaporkan dia "menambahkan sedikit kayu" ke tempat pemanas dalam sangkar tersebut pada Selasa, lapor Hokkaido Cultural Broadcasting.- AFP