JAKARTA, 21 Mac- Bekas Gabenor Jakarta Anies Baswedan menggesa Mahkamah Perlembagaan pada Khamis untuk mengadakan pilihan raya semula yang mengecualikan anak Presiden Joko Widodo, Gibran Rakabuming Raka. Perkara itu berikutan kemasukannya pada saat-saat akhir untuk jawatan Naib Presiden telah mempengaruhi bilangan undi.
Ia dinyatakan beberapa jam selepas keputusan rasmi pilihan raya pada Rabu yang menunjukkan kemenangan besar yang diperolehi Menteri Pertahanan dan bekas komander pasukan khas tentera Prabowo Subianto, yang memenangi hampir 60% undi.
Sementara itu Anies memperoleh 25% undi, memfailkan kes itu pada Khamis. Saingannya dalam calon Presiden Indonesia Ganjar Pranowo, yang memperolehi 16% undi turut memfailkan kes itu di mahkamah sama.
Bagaimanapun pasukan peguam Anies mendakwa kemenangan Prabowo adalah hasil campur tangan pentadbiran.
Keputusan Mahkamah Perlembagaan tahun lalu menukar peraturan kelayakan dan telah memberikan peluang kepada Gibran Rakabuming Raka untuk menjadi Naib Presiden.
"Kami meminta pengundian dijalankan semula tanpa calon naib presiden itu supaya tiada lagi campur tangan," kata peguam Anies, Ari Yusuf Amir kepada pemberita.- REUTERS