fb fb fb fb fb

Fosil ikan lumba-lumba sungai berusia 16 juta tahun ditemukan di Peru

Fosil tengkorak ikan lumba-lumba terbesar dalam sejarah berusia 16 juta tahun ditemukan dalam ekspedisi tajaan National Geographic Society/REUTERS

PERU, 21 Mac- Para saintis mendedahkan tengkorak fosil berusia 16 juta tahun adalah milik ikan lumba-lumba sungai yang pernah berenang di perairan Amazon. Spesies terdekat jenis ikan itu ialah ikan lumba-lumba sungai Asia Selatan di Sungai Gangga. India.

Ahli paleontologi Rodolfo Salas berkata tengkorak itu adalah milik ikan lumba-lumba terbesar yang diketahui pernah mendiami perairan Amerika Selatan, berukuran tiga hingga 3.5 meter panjang (9.8 hingga 11.4 kaki).

"Ikan lumba-lumba mempunyai perkaitan dengan ikan lumba-lumba sungai Gangga di India," kata Salas.

"Ini membolehkan spesies itu menduduki ruang lautan yang besar berhampiran pantai India dan Amerika Selatan.

"Haiwan itu hidup di persekitaran air tawar di Amazon dan India. Malangnya, mereka pupus di Amazon, namun masih selamat di India," tambah Salas.

Para saintis menemui fosil itu semasa ekspedisi 2018 yang ditaja oleh National Geographic Society di Sungai Napo.

Lembangan sungai Amazon dan Orinoco masih menjadi habitat kepada spesies yang dikenali sebagai ikan lumba-lumba sungai Amazon, juga dipanggil ikan lumba-lumba sungai merah jambu atau boto.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI