fb fb fb fb fb

10 cedera dalam serangan peluru berpandu Rusia ke atas Kiev

Pasukan penyelamat Kiev memadamkan kebakaran akibat serangan peluru berpandu Rusia/REUTERS

KIEV, 21 Mac- Sekurang-kurangnya 10 individu cedera dalam serangan peluru berpandu Rusia ke atas Kiev pada Khamis. Serangan itu turut merosakkan bangunan kediaman serta kemudahan perindustrian.

Namun semua serangan peluru berpandu itu berjaya dipatahkan pertahanan udara Kiev.

Serangan besar pertama dalam beberapa minggu ini menyasarkan bandar itu dengan peluru berpandu balistik dan pelayaran, kata Ketua Pentadbiran Tentera Kiev Serhiy Popko.

"Selepas berhenti selama 44 hari, musuh melancarkan satu lagi serangan peluru berpandu ke atas Kiev," katanya.

"Semua perkhidmatan kecemasan sedang bekerja dan pembersihan sedang dilakukan akibat serangan peluru berpandu."

Datuk Bandar Kiev Vitali Klitschko berkata sekurang-kurangnya 10 orang cedera di seluruh bandar.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun antara dua orang yang dibawa ke hospital.

Pertahanan udara Ukraine berjaya menembak jatuh kesemua 31 peluru berpandu Rusia yang menyasarkan Kiev.

Popko berkata, tentera Rusia menggunakan pengebom strategik dan juga melancarkan beberapa peluru berpandu dari wilayahnya, selain mengikuti gerakan di wilayah jiran. Peluru berpandu berkenaan menyasarkan bandar dari arah berbeza.

Amaran udara dikeluarkan secara langsung selama hampir tiga jam.

Beberapa bangunan kediaman, tapak perindustrian, dan sebuah tadika di pusat bandar terkena serpihan peluru berpandu itu.

Penduduk sebuah bangunan bertingkat di daerah tengah Shevchenkivskyi dipindahkan selepas terbakar.

Popko trut memaklumkan, serangan itu turut memecahkan tingkap di beberapa rumah berhampiran, dan menyebabkan kereta persendirian terbakar.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI