fb fb fb fb fb

Angka korban Taufan Ian belum dapat dipastikan

FORT MYERS, 30 September- Angka sebenar korban akibat Taufan Ian yang membadai Florida belum dapat dipastikan.

Gabenor Florida, Ron DeSantis berkata, masih terlalu awal untuk mengenal pasti jumlah kematian mangsa terlibat.

"Kami benar-benar menjangkakan akan ada kematian akibat taufan ini.

Maklumat tepat mengenai jumlah mangsa mungkin akan diketahui dalam tempoh beberapa hari lagi," katanya pada sidang media semalam.

(Taufan Ian mengakibatkan banyak pokok tumbang di jalan-jalan di Florida)

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden memberi amaran Taufan Ian mungkin menjadi bencana terburuk dalam sejarah negeri tersebut.

Beliau menyatakannya semasa menghadiri taklimat di Ibu Pejabat Agensi Pengurusan Bencana Persekutuan.

Biden menjangkakan angka kematian akan melonjak tinggi, sebagaimana yang diterima dalam laporan awal oleh pasukan penyelamat.

Angin kencang dan banjir akibat Taufan Ian telah memusnahkan kediaman, infrastuktur bangunan dan kemudahan awam secara besar-besaran. -AFP

Media Baharu