fb fb fb fb fb

Empat wilayah Ukraine yang dikuasai Rusia akan digabungkan

MOSCOW, 30 September- Rusia akan menggabungkan empat wilayah yang ditawan di Ukraine pada satu majlis di Kremlin, hari ini.

Presiden Rusia, Vladimir Putin dijangka akan menyampaikan ucaptama pada acara tersebut selepas pungutan suara yang diadakan minggu lalu menyaksikan empat wilayah Ukraine telah mengundi untuk menyertai Rusia.

Bagaimanapun Barat menyifatkan undi berkenaan sebagai palsu dan tidak sah kerana ia dilaksana secara paksa.

Susulan itu, Putin mengancam untuk menggunakan senjata nuklear bagi mempertahankan wilayah tersebut.

(Vladimir Putin, Presiden Rusia / Foto AFP)

Menerusi dekri presiden yang dikeluarkan petang Khamis, Putin memaklumkan beliau telah mengiktiraf kemerdekaan wilayah Zaporizhzhia dan Kherson dan membuka jalan kepada Moscow untuk menuntut wilayah tersebut. -AFP

Rusia mengiktiraf kemerdekaan dua wilayah lain yang sedang bersedia untuk ditawan iaitu Donetsk dan Lugansk pada akhir Februari. -AFP

Media Baharu