fb fb fb fb fb

69 mayat ditemui susulan tragedi bot terbalik di Bangladesh

DHAKA, 30 September- 69 mayat ditemui, manakala tiga penumpang masih hilang selepas bot yang dinaiki terbalik di utara Bangladesh.

Pegawai Balai Polis Boda Panchagarh, Sujoy Kumar Roy memberitahu, bot telah dijumpai tetapi usaha mencari mangsa hilang masih diteruskan.

Mangsa yang terkorban terdiri daripada 31 wanita, 21 kanak-kanak dan selebihnya lelaki.


(Orang ramai berkumpul di tebing Sungai Karatoya bagi menyaksikan kerja mencari
dan menyelamat mangsa bot karam dekat bandar Boda, Bangladesh / Foto AFP)

Bot berkenaan dalam perjalanan ke sebuah kuil sempena perayaan Mahalaya pada 24 September lepas.

Perkhidmatan bot masih menjadi medium pengangkutan utama di negara Asia Selatan itu, untuk menyeberangi ratusan sungai.

Media Baharu