fb fb fb fb fb

Angka korban tanah runtuh Filipina meningkat kepada 68 orang

Operasi mencari, menyelamat mangsa tanah runtuh di kampung Masara, Maco, Davao de Oro, Filipina/REUTERS

MANILA, 12 Februari- Angka kematian dalam tragedi tanah runtuh di kawasan perlombongan, selatan Filipina meningkat kepada 68 orang.

Pasukan penyelamat meneruskan operasi mencari mangsa yang tertimbus, meskipun peluang menemui mangsa yang terselamat semakin tipis.

Pasukan itu sedang bertungkus-lumus mencari 51 lagi mangsa yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian itu.

Insiden tanah runtuh yang berlaku pada 6 Februari berlaku di sebuah lombong emas yang terletak di bandar Maco, wilayah Davao de Oro, sehingga menimbuskan rumah dan kenderaan yang membawa pekerja ke tapak yang dikendalikan oleh sebuah syarikat perlombongan.

Sementara itu, Kedutaan Amerika Syarikat di Manila memaklumkan Agensi Pembangunan Antarabangsa AS menyediakan bantuan kemanusiaan sebanyak AS$1.25 juta kepada penduduk yang terjejas

Tambahnya, Jabatan Pertahanan AS juga menyediakan dua pesawat kargo untuk membantu menghantar bungkusan makanan kepada mangsa yang terlibat.

Hujan lebat melanda Davao de Oro sejak beberapa minggu lalu mencetuskan banjir dan tanah runtuh.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN