fb fb fb fb fb

Angka korban tanah runtuh di Ethiopia meningkat kepada 229

FOTO AFP

ADDIS ABABA, 24 Julai- Jumlah kematian akibat tanah runtuh di selatan Ethiopia telah meningkat kepada 229.

Setakat ini, 148 lelaki dan 81 wanita telah kehilangan nyawa mereka dalam bencana itu, menurut Jabatan Hal Ehwal Komunikasi zon Gofa.

Imej yang dikongsi di Facebook oleh media kerajaan Fana Broadcasting Corporate menunjukkan beratus-ratus orang menggunakan tangan untuk menggali tanah bagi mencari mangsa yang terselamat.

Zon Gofa terletak kira-kira 450 kilometer (270 batu) dari ibu kota Addis Ababa, perjalanan kira-kira 10 jam, dan terletak di utara Taman Negara Maze.

Negara wilayah Ethiopia Selatan telah dilanda hujan antara April dan awal Mei yang menyebabkan banjir besar, menurut agensi respons kemanusiaan PBB OCHA.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE