SIDOARJO, 6 Oktober –Angka korban runtuhan Sekolah Agama Islam Al Khoziny di sini minggu lalu meningkat kepada sekurang-kurangnya 50 orang, menjadikannya antara tragedi terburuk di Indonesia tahun ini.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), setakat pagi Isnin, pasukan penyelamat telah mengeluarkan 50 mayat mangsa selepas hampir semua serpihan bangunan dibersihkan.
Tragedi itu berlaku apabila struktur konkrit sekolah berkenaan runtuh dan menimpa ratusan pelajar lelaki yang sedang berada di asrama.
Timbalan Ketua BNPB, Budi Irawan berkata, kerja mencari dan menyelamat kini hampir selesai, dengan 13 lagi mangsa dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan.
“Pasukan penyelamat dijangka menamatkan operasi menjelang malam ini,” katanya dalam kenyataan.
Tambah beliau, serpihan bangunan telah dibersihkan kira-kira 80 peratus menggunakan jentera berat sejak operasi dimulakan. -REUTERS