fb fb fb fb fb

Angka korban pengeboman di Afganistan meningkat kepada 35

KABUL, 2 Oktober- Angka korban insiden pengeboman berani mati di sebuah pusat pendidikan di sini meningkat kepada 35 orang.

Lebih 20 daripada mereka yang terbunuh adalah wanita termasuk pelajar perempuan.

“Angka korban terkini daripada serangan itu berjumlah sekurang-kurangnya 35, dengan tambahan 82 cedera,” menurut Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa Bersatu di Afghanistan (UNAMA) dalam satu kenyataan.

Susulan insiden itu, berpuluh-puluh wanita etnik minoriti Hazara mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah serangan tersebut.

(Wanita etnik Hazara mengadakan tunjuk perasaan membantah serangan berkenaan / Foto AFP)

Insiden berkenaan berlaku di Institut Pendidikan Kaaj ketika pelajar sedang menjalani peperiksaan kemasukan ke universiti.

Taliban dalam satu kenyataan berjanji akan mengheret dalang kejadian ke muka pengadilan. -AFP



Media Baharu