LONDON, 2 Oktober- Moderna Inc enggan mendedahkan pembangunan teknologi vaksin COVID-19 dicipta negara itu kepada China.
Tindakan tersebut menyebabkan kemerosotan rundingan bagi jualan vaksin COVID-19 keluaran syarikat tersebut di China.
Menurut Financial Times, keengganan Moderna Inc berbuat demikian susulan faktor kebimbangan komersial dan keselamatan.
Moderna Inc dilaporkan berputus asa terhadap usaha mereka sebelum ini bagi menembusi pasaran di China berikutan permintaan negara terbabit supaya syarikat itu mendedahkan teknologi berkenaan sebagai prasyarat penjualan.
Syarikat farmaseutikal yang berpangkalan di Cambridge, Massachusetts itu bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang komen ketika dihubungi pihak Reuters.
(Foto fail)
China sebelum ini tidak meluluskan sebarang vaksin COVID-19 dari negara luar sebaliknya hanya bergantung kepada beberapa jenama yang dibangunkan secara domestik.
September lalu, Ketua Pegawai Perubatan Moderna, Paul Burton berkata, syarikat itu berminat untuk bekerjasama dengan China dalam membekalkan vaksin COVID-19 berasaskan mRNA ke negara berkenaan.
"Kami pastinya sangat teruja untuk bekerjasama dengan China jika mereka merasakan terdapat keperluan untuk bekalan vaksin di sana.
Namun buat masa ini tiada perkembangan ke arah itu walaupun kami sangat terbuka mengenainya," katanya pada sesi taklimat media Asia. -REUTERS