fb fb fb fb fb

Rusuhan bola sepak: Jokowi arahkan siasatan menyeluruh

JAKARTA, 2 Oktober- Presiden Indonesia, Joko Widodo mengarahkan semakan keselamatan bagi perlawanan bola sepak negara itu dilakukan selepas 129 orang terbunuh dalam rusuhan yang dicetuskan oleh pertempuran antara penyokong dan polis.

Menteri Sukan dan Belia Negara, Ketua Polis Negara dan Ketua Persatuan Bola Sepak Indonesia telah diarah berbuat demikian menerusi kenyataan yang disiarkan di televisyen.

Dalam rusuhan di stadium Kanjuruhan malam tadi, sekurang-kurangnya 129 maut manakala 180 yang lain cedera.

Antara yang maut termasuk kanak-kanak berusia lima tahun.

(Kanak-kanak antara yang terlibat dalam rusuhan di stadium Kanjuruhan / Foto AFP)

Penyokong Arema FC menyerbu padang selepas pasukan mereka tewas 3-2 kepada Persebaya Surabaya, kekalahan pertama dalam tempoh lebih dua dekad kepada musuh ketat mereka.

Rakaman video yang tersebar di media sosial menunjukkan para penyokong menjerit kata-kata lucah kepada polis.

Terdapat kira-kira 42,000 penyokong berada di dalam stadium menyaksikan perlawanan tersebut. -AFP


Media Baharu