(Foto fail/AFP)
BURIRAM, 2 September- Perlumbaan MotoGP, Grand Prix Thailand di Litar Antarabangsa Buriram terpaksa ditunda akibat hujan lebat. Ia merupakan Moto GP pertama Thailand sejak 2019.
Perlumbaan yang sepatutnya bermula pada pukul 3.00 petang itu ditunda selama 55 minit.
Dalam perlumbaan itu, pelumba pasukan Mooney VR46 Racing Team, Marco Bezzecchi dijangka memulakan perlumbaan di petak pertama.
Manakala Jorge Martin dari Prima Pramac Racing di petak kedua dan pencabar kejuaraan dari pasukan Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia berada di petak ketiga.
Thailand tidak menganjurkan MotoGP sejak 2019 disebabkan wabak COVID-19.-AFP
(MotoGP Thailand ditangguhkan akibat hujan lebat/AFP)