YANGON, 15 Januari - Sebanyak 22 mayat dijumpai setakat Selasa susulan tragedi runtuhan di sebuah lombong jed di negeri Kachin, utara Myanmar, menurut seorang pegawai polis kepada Xinhua.
Sebanyak 13 mayat ditemukan pada Isnin, manakala sembilan lagi dijumpai pada Selasa, kata pegawai polis itu sambil menambah usaha menyelamat masih diteruskan pada Rabu.
Kejadian yang berlaku pada Isnin di kawasan perlombongan di daerah Hpakant turut mengakibatkan 57 rumah tertimbus. - BERNAMA