fb fb fb fb fb

Angka korban Gaza meningkat 44,532

Foto REUTERS

GAZA, 5 Disember-Jumlah kematian akibat serangan berterusan Israel di Gaza kini meningkat kepada 44,532, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.

Serangan Israel turut menyebabkan 105,538 orang lagi mengalami kecederaan.

"Dalam tempoh 24 jam yang lalu, operasi ketenteraan Israel di Gaza telah mengorbankan 30 nyawa dan mencederakan 84 orang," menurut kenyataan tersebut.

Laporan media asing menyebut bahawa tentera Israel melancarkan serangan bom ke atas sebuah kawasan kejiranan di utara Gaza, mengakibatkan 10 kematian dan lebih 50 kecederaan.

Selain itu, serangan udara ke atas sebuah kem pelarian dan kemudahan penyimpanan makanan di Khan Yunis, Gaza Selatan, menyebabkan sekurang-kurangnya 20 orang maut dan ramai lagi cedera, menurut laporan media Palestin. - REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM