fb fb fb fb fb

Angka korban Gaza meningkat 31,726

Foto AFP

GAZA, 18 Mac- Sekurang-kurangnya 31,726 rakyat Palestin kebanyakannya wanita dan kanak-kanak telah terbunuh dalam serangan Israel di Gaza, setakat hari ini.

Kementerian kesihatan Gaza berkata serangan tersebut turut menyebabkan 73,792 orang lagi mengalami kecederaan.

"Angka baharu berkenaan termasuk sekurang-kurangnya 81 kematian dalam tempoh 24 jam lalu," menurut kenyataan itu.

Israel terus melakukan serangan berterusan terhadap Palestin selama lebih lima bulan, sejak konflik Hamas-Israel bermula 7 Oktober lalu. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM