RAMALLAH, 18 Mac- Rakyat Gaza yang terkepung akibat serangan Israel berada di ambang kebuluran.
Memetik agensi berita Palestin (WAFA), Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menerusi platform X berkata bantuan kritikal perlu disalur bagi membantu penduduk negara tersebut.
"Penghantaran melalui darat kekal sebagai cara paling cekap dan selamat.
"Akses selamat, tanpa halangan dan berterusan di seluruh Gaza adalah soal hidup dan mati," menurut kenyataan itu.