fb fb fb fb fb

Israel sengaja halang bantuan ke Palestin - Oxfam

Foto WAFA

AMMAN, 18 Mac- Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Oxfam mendakwa Israel dengan sengaja menghalang bantuan memasuki Palestin, sekali gus melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Memetik agensi berita Palestin (WAFA), pertubuhan itu berkata peraturan pemeriksaan yang tidak wajar menyebabkan trak bantuan yang cuba memasuki Gaza terperangkap.

"Israel dengan sewenang-wenangnya menolak barangan dwiguna serta barangan yang mempunyai potensi kegunaan ketenteraan seperti generator dan lampu suluh," menurut kenyataan itu.

Pertubuhan berkenaan turut mengecam serangan Israel ke atas pekerja bantuan, kemudahan kemanusiaan dan konvoi bantuan khususnya di utara Gaza.

Tambah Oxfam, Israel mengawal kemasukan bantuan ke Palestin, yang kebanyakannya masih tidak mencukupi memandangkan penduduk Gaza mempunyai lebih 2 juta penduduk yang sebahagian besarnya berisiko mengalami kebuluran.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM