JERICHO, 18 Mac- Tentera Israel merobohkan dua rumah dan tembok milik rakyat Palestin di kawasan al-Matar, timur bandar Jericho, hari ini.
Memetik agensi berita Palestin (WAFA), sumber berkata rejim zionis membawa empat jentolak, menyerbu kawasan al-Matar, sebelum merobohkan rumah dan tembok itu.
Rejim zionis telah melakukan berpuluh-puluh operasi perobohan dan mengeluarkan notis tersebut terhadap beberapa kediaman milik rakyat Palestin di kawasan tersebut.
Mereka memberi alasan bahawa kawasan itu diklasifikasikan sebagai Kawasan C.
Israel hampir setiap hari merobohkan rumah penduduk Palestin sebagai langkah untuk mengawal "demografi" di wilayah berkenaan.