fb fb fb fb fb

Angka korban akibat ribut di Filipina cecah 27

(Gambar edaran yang diambil dan dikeluarkan oleh Pengawal Pantai Filipina pada 11 Januari 2023 menunjukkan pekerja penyelamat
memindahkan kanak-kanak dari kawasan banjir di Zamboanga/
AFP/Philippine Coast Guard)

MANILA, 16 Januari- Sekurang-kurangnya 27 orang maut dalam ribut yang melanda Filipina sejak akhir bulan lalu, dengan hujan lebat dijangka berlaku di negara yang terdedah dengan bencana dahsyat itu.

Cuaca buruk melanda kepulauan selatan dan tengah negara itu sejak hujung minggu Krismas sehingga memaksa ratusan ribu penduduk meninggalkan kediaman mereka.

Pejabat pertahanan awam Filipina dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan ribut berturut-turut sejak awal tahun ini telah membunuh 27 orang di seluruh negara.

"11 orang dilaporkan cedera dan tiga masih hilang.

"Lebih 83,000 orang berteduh di pusat pemindahan dengan sekurang-kurangnya 1,200 rumah rosak akibat banjir dan hujan lebat," jelasnya.

Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geofizik dan Astronomi Filipina (PAGASA) pula memberi amaran mengenai hujan lebat dengan risiko banjir dan tanah runtuh di semenanjung Bicol dan wilayah Quezon yang terletak di hujung selatan Pulau Luzon.

Filipina disenaraikan antara negara paling terdedah kepada kesan perubahan iklim dengan saintis memberi amaran bahawa ribut menjadi lebih kuat apabila dunia semakin panas. -AFP

(Pokok tumbang susulan banjir dan tanah runtuh akibat ribut di Mindanao/
FB Armed Forces of the Philippines)

Media Baharu