fb fb fb fb fb

Gempa bumi 6.2 magnitud landa Sumatera

(Tiada ancaman tsunami dikeluarkan susulan gempa bumi berukuran 6.2 magnitud melanda Sumatera
pagi tadi/ Twitter @infoBMKG)

JAKARTA, 16 Januari- Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud melanda pantai pulau Sumatera di Indonesia pagi tadi, lapor Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS).

Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) pula melaporkan pusat gempa terletak kira-kira 48 kilometer (km) di selatan-tenggara bandar Singkil di wilayah Aceh, pada kedalaman 37 km.

"Ia berlaku sekitar pukul 6.30 pagi waktu tempatan dengan kedalaman 48 km," katanya.

Sementara itu, Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia memaklumkan, tiada ancaman tsunami dikeluarkan, selain tiada laporan kecederaan atau kerosakan harta benda diterima setakat ini.

"Gempa bumi menyebabkan orang ramai panik.

"Ia dirasai selama 3 hingga 10 saat di empat daerah di Aceh dan wilayah Sumatera Utara," kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Negeri (BNPB), Abdul Muhari.

Indonesia mengalami aktiviti seismik dan gunung berapi yang kerap kerana kedudukannya di 'Lingkaran Cincin Api Pasifik'.

Pada 21 November lalu, gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda wilayah Jawa Barat di pulau utama Jawa dengan mengorbankan 602 orang.

Kebanyakan mangsa terbunuh disebabkan bangunan runtuh atau tanah runtuh.

Untuk rekod, gempa bumi yang melanda Sumatera pada 26 Disember 2004 merupakan antara bencana alam paling dahsyat yang pernah berlaku. 

Gempa kuat 9.1 magnitud itu mencetuskan tsunami setinggi 30 meter di pantai Banda Aceh di Sumatera.

Tsunami tersebut turut membadai Sri Lanka, India dan Thailand dengan mengorbankan lebih 230,000 orang keseluruhannya. -AFP

(Foto hiasan)

Media Baharu