fb fb fb fb fb

68 terkorban dalam nahas Pesawat Yeti Airlines, empat masih belum ditemukan

(FOTO AFP)

POKHARA, 16 Januari - Seramai 68 orang terkorban susulan sebuah pesawat yang membawa 72 penumpang dan anak kapal terhempas.

Pesawat Yeti Airlines dipercayai terhempas sewaktu hendak melakukan pendaratan, dalam kejadian pada pagi Ahad.

Pesawat dilaporkan dalam penerbangan dari bandar pelancongan Pokhara ke Kathmandu.

(Pasukan penyelamat berkumpul di lokasi nahas pesawat Yeti Airlines
di Pokhara pada 15 Januari 2023 / FOTO AFP)

Berdasarkan rekod, 68 penumpang berada dalam pesawat, selain empat petugas kabin.

53 orang dilaporkan adalah warga Nepal, lima warga India, Rusia empat, Korea Selatan dua, serta masing-masing seorang dari Ireland, Australia, Argentina dan Perancis.

Menurut orang awam, pesawat terbakar sejurus terhempas.

Seramai 200 anggota tentera Nepal digegaskan ke lokasi nahas di kawasan lembah Sungai Seti, yang hanya 1.5 kilometer dari lapangan terbang.

Sementara itu, Perdana Menteri Nepal Pushpa Kamal Dahal melalui twitter, melahirkan rasa sedih atas "kemalangan tragis Yeti Airlines ANC ATR 72 yang dalam perjalanan dari Kathmandu ke Pokhara".-AFP

Media Baharu