fb fb fb fb fb

R'Bonney Gabriel dinobatkan Miss Universe 2022

(R'bonney Gabriel/AFP)

WASHINGTON, 16 Januari- R'Bonney Gabriel dari Amerika Syarikat (AS) dinobatkan sebagai Miss Universe 2022 pada malam Sabtu di New Orleans, Louisiana.

Gabriel memenangi pertandingan ratu cantik edisi ke-71 itu dengan menewaskan 84 peserta lain.

Naib juara dinobatkan kepada Amanda Dudamel dari Venezuela, manakala Andreina Martinez dari Republik Dominika di tempat ketiga.

Gabriel dimahkotakan oleh Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu dari India.

Pada usia 28 tahun, Gabriel merupakan peserta tertua dalam saingan tersebut.

Semasa pusingan soalan Gabriel berkata "Saya percaya umur tidak menentukan kita."

Gabriel ialah pereka fesyen dari Houston, Texas dan juga merupakan warga Filipina-Amerika pertama yang memenangi Miss Universe. -Reuters

 
(Ratu Cantik Venezuela, Amanda Dudamel, Ratu Cantik AS, R'bonney Gabriel dan Ratu Cantik Republik Dominika, Andreína Martínez
bercakap semasa Pertandingan Miss Universe ke-71 di Pusat Konvensyen New Orleans Morial
pada 14 Januari 2023 di New Orleans, Louisiana/AFP)

Media Baharu