fb fb fb fb fb

Rakaman pesawat Yeti Airlines terbang rendah sebelum terhempas tular

 (Tular rakaman pesawat terbang rendah dipercayai pesawat Yeti Airlines yang terhempas di Nepal pada Ahad/
AFP/@CHANNELD4641

POKHARA, 16 Januari- Sebuah video tular di media sosial menunjukkan sebuah pesawat terbang rendah dipercayai milik Yeti Airlines yang terhempas di Nepal pada Ahad.

Ia dirakam terbang rendah di atas kawasan perumahan dalam keadaan mengiring ke kiri sebelum kedengaran letupan kuat.

Setakat ini, 68 orang disahkan terkorban dalam nahas udara di sini yang disifatkan terburuk sejak tiga dekat lalu di negara itu.

Dalam kejadian itu, pesawat terbabit membawa seramai 72 orang termasuk 15 warga asing dari Rusia, Korea Selatan, Ireland, Australia, Perancis, Argentina dan India sebelum dilaporkan menjunam dan terhempas ke dalam gaung.

"Kira-kira enam kanak-kanak berada dalam pesawat.

"Operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan," jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal, Jagannath Niroula. -AFP

 (Foto AFP/@CHANNELD4641)

 

 

Media Baharu