fb fb fb fb fb

Dua maut dalam letupan loji kimia di China

(Tangkap layar kejadian letupan loji kimia di wilayah Panshan/
Twitter @zhicheng_kim)

BEIJING, 16 Januari- Dua maut, manakala 34 lagi cedera dalam letupan loji kimia di China pada Ahad.

Agensi berita tempatan, China Central Television (CCTV) melaporkan letupan berlaku di sebuah kilang di wilayah Panshan di timur laut Liaoning.

"12 masih hilang dan mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital untuk rawatan," katanya.

CCTV memaklumkan lebih 330 anggota bomba dikerah untuk memadam kebakaran.

Kemalangan industri adalah perkara biasa di China disebabkan oleh piawaian keselamatan yang longgar dan penguatkuasaan lemah.

Disember lalu, 18 orang terperangkap di bawah tanah selepas sebuah gua runtuh di lombong emas di wilayah Xinjiang. -AFP

(Twitter @zhicheng_kim)

Media Baharu