fb fb fb fb fb

Lebuh raya ditutup akibat lubang benam

(Lebuh raya State Route-92 terus ditutup di kedua-dua arah susulan
lubang benam/Reuters)

SAN MATEO COUNTY, 16 Januari- Sebuah lebuh raya di utara California ditutup untuk laluan semua kenderaan susulan lubang benam yang besar.

Lubang benam berkenaan dikesan di San Mateo County pada Khamis lalu.

Menurut media tempatan, lebuh raya State Route-92 terpaksa ditutup di kedua-dua arah untuk keselamatan orang ramai.

Awal minggu ini, California dilanda hujan lebat dan angin kencang serta tanah runtuh yang merosakkan banyak harta benda.

Bencana berkenaan turut menjejaskan bekalan elektrik, jalan raya dinaiki air dan kerosakan lebuh raya, selain penduduk diarahkan berpindah.

Dalam perkembangan sama, dua kenderaan dilapor terjatuh ke dalam lubang benam di Chatsworth, Los Angeles pada awal minggu lepas. -Reuters

(Foto Reuters)

Media Baharu