JERUSALEM, 1 April- Tentera negara haram Israel hari ini mengumumkan kematian seorang lagi anggotanya di bumi Gaza.
Berita kematian tersebut menjadikan jumlah keseluruhan tentera zionis yang terbunuh kepada sekurang-kurangnya 600 orang.
Angka terbabit direkodkan sejak serangan mereka ke atas Gaza pada 7 Oktober tahun lalu.
Hari ini, tentera Israel mengumumkan kematian anggota muda bernama Nadav Cohen berusia 20 tahun. -AFP