fb fb fb fb fb

Lelaki nyaris maut, 'tersangkut' kereta api sedang bergerak

Mangsa terjatuh selepas tergelincir ketika cuba menaiki kereta api yang sedang bergerak/Reuters

MAHARASHTRA, 1 April- Seorang lelaki di India nyaris maut selepas tergelincir daripada sebuah kereta api yang sedang bergerak ketika cuba menaiki pengangkutan awam itu, baru-baru ini.

Dia kemudian terseret sejauh beberapa meter dalam kedudukan hanya beberapa inci daripada rodanya.

Bagaimanapun, mangsa berjaya diselamatkan oleh pengawal stesen bernama Digambar Desai yang bertindak pantas menyelamatkannya dalam kejadian di Pune, sini, Rabu lalu.

Kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Digambar berlari ke arah mangsa dan menarik kolar baju lelaki itu.

Pegawai berkata, mangsa kehilangan cengkaman pada pemegang pintu ketika cuba menaiki kereta api yang sedang bergerak dan terjatuh.

Sehubungan itu, pihak Kereta Api Bahagian (DRM) di sini mengeluarkan nasihat kepada penumpang agar mengelak daripada menaiki atau menuruni kereta api yang sedang bergerak atas faktor keselamatan. -Reuters

0104 BD LELAKI DISERET KERETA API 2
Digambar Desai berjaya menarik mangsa yang 'tersangkut' pada kereta api/Reuters

SITI AISHAH MD ISA