PALESTIN, 1 April- Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan angka kematian akibat serangan Israel ke atas wilayah itu kini sudah mencecah 32,782 orang.
Data terbaharu tersebut dikeluarkan oleh pihak berkenaan semalam.
Ia turut menyebut bahawa sekurang-kurangnya 77 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Sementara itu, kira-kira 75,298 orang cedera di Gaza sejak perang meletus pada 7 Oktober lalu. -AFP