fb fb fb fb fb

Angka kematian rakyat Palestin meningkat 39,006

Foto REUTERS

GAZA, 23 Julai- Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Gaza meningkat kepada 39,006.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, dalam tempoh 24 jam lalu, tentera Israel membunuh 23 orang dan mencederakan 91 yang lain.

"Ini turut menjadikan kecederaan meningkat kepada 89,818 sejak konflik Israel-Hamas bermula pada awal Oktober lalu," menurut kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu, sekurang-kurangnya 70 rakyat Palestin terbunuh manakala lebih 200 lagi cedera dalam serangan Israel di Khan Yunis semalam. - REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM