fb fb fb fb fb

Alaska Airlines gantung sementara penerbangan kerana gangguan teknikal

Foto REUTERS

SAN FRANCISCO, 24 Oktober -Syarikat penerbangan Alaska Airlines pada Khamis memaklumkan bahawa semua penerbangannya digantung sementara.

Penggantungan itu susulan gangguan teknikal yang menjejaskan sistem operasi, hanya tiga bulan selepas insiden serupa berlaku.

"Alaska Airlines sedang mengalami gangguan sistem IT yang menjejaskan operasi penerbangan. Penggantungan sementara semua penerbangan sedang dilaksanakan. Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami penumpang," kata syarikat itu dalam satu kenyataan di X. - AFP

TETITIA YUSOFF