fb fb fb fb fb

Puluhan berhimpun bantah kehadiran ejen persekutuan di Alameda

Foto REUTERS

ALAMEDA, 24 Oktober -Puluhan penunjuk perasaan berhimpun di Alameda, California, pada Khamis bagi membantah kehadiran ejen persekutuan di sebuah pangkalan Pengawal Pantai (Coast Guard) di kawasan berkenaan.

Pasukan polis rusuhan dikerahkan untuk menghalang orang ramai yang menyuarakan bantahan terhadap kehadiran ejen persekutuan serta operasi Imigresen dan Kastam Amerika Syarikat (ICE) di negeri itu.

Terdahulu pada Khamis, Presiden Donald Trump dalam satu hantaran di media sosial memaklumkan beliau tidak akan menghantar ejen persekutuan ke San Francisco.

Bagaimanapun, sebelum ini, Trump memberi bayangan bahawa San Francisco akan menjadi destinasi seterusnya bagi penempatan anggota Pengawal Kebangsaan (National Guard) yang dihantar ke beberapa bandar utama lain bawah pimpinan Demokrat langkah yang kini sedang dicabar di mahkamah.

Akhbar San Francisco Chronicle pada Rabu melaporkan bahawa pentadbiran Trump merancang menghantar lebih 100 ejen persekutuan ke San Francisco bagi mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang imigresen di bandar tersebut. - REUTERS

TETITIA YUSOFF