MOGADISHU, 31 Mei- Somalia kini mengalami kemarau terburuk yang pernah direkodkan sejak beberapa dekad.
Negara Afrika Timur itu menghampiri situasi kebuluran di tengah-tengah krisis kelaparan dan pemakanan yang semakin meruncing.
Menurut Ahli politik, Abdirahman Abdishakur Warsame, 6.1 juta rakyat Somalia berdepan tahap bekalan makanan tidak terjamin yang melampau.
Manakala 330,000 kanak-kanak berdepan kekurangan zat makanan yang teruk akibat kemarau yang berpanjangan.
(Foto fail/ REUTERS)
Kenyataan dari Pejabat Utusan Khas untuk Respons Kemarau itu turut menekakan keperluan tindakan segera dan diselaraskan dengan baik, serta menyeru agar semua rakyat Somalia bangkit untuk menyelamatkan nyawa.
Kemarau yang berkait dengan perubahan iklim di Somalia adalah antara yang terburuk dalam tempoh 40 tahun dan menjejaskan 66 daerah di negara itu.
Sekali gus mengakibatkan lebih 771,000 keluarga kehilangan tempat tinggal. -REUTERS