BANGKOK, 13 Disember- Mahkamah Thailand menjatuhkan hukuman penjara enam tahun kepada Ahli Parlimen, Rukchanok Srinork atas kesalahan menghina institusi diraja.
Rukchanok, 29, dari Move Forward Party (MFP) didapati bersalah atas tuduhan 'lese majeste' (menderhaka kepada raja) dan melanggar Akta Jenayah Komputer kerana ulang siar atau 'repost' dua hantaran pada laman sosial X.
Mahkamah kemudian membenarkan Rakchanok diikat jamin sebanyak 500,000 baht (RM65,883).
Thailand adalah antara negara yang mempunyai undang-undang 'lese-majeste' paling ketat di dunia bagi melindungi Raja Maha Vajiralongkorn dan keluarga terdekat daripada kritikan.
Lebih 250 aktivis telah didakwa dibawah peruntukan tersebut dan beberapa pemimpin tertinggi dipenjara termasuk Anon Numpa, seorang peguam hak asasi manusia yang sebelum ini mewakili Rukchanok. -AFP