fb fb fb fb fb

Acu pistol ke arah Naib Presiden Argentina, seorang lelaki ditahan

(Naib Presiden Argentina,  Cristina Fernandez de Kirchner / REUTERS)

BUENOS AIRES, 2 September- Seorang lelaki ditahan di Argentina pada Khamis kerana mengacukan pistol ke arah Naib Presiden Cristina Kirchner, kata menteri keselamatan Anibal Fernandez.

Beberapa saluran televisyen menyiarkan rakaman lelaki itu mengacukan pistol ke kepala naib presiden dari jarak dekat ketika dia keluar dari kereta yang membawanya pulang ke Buenos Aires.

Fernandez berkata polis akan membuka siasatan. "Sekarang, keadaan itu perlu dianalisis oleh penyiasat untuk menilai cap jari dan kecenderungan suspek ini," katanya.

Suspek bagaimanapun tidak melepaskan tembakan. Suspek menghampiri Kirchner dalam keadaan sesak orang ramai yang berkumpul di sekeliling ahli politik itu untuk berjabat tangan dan meminta tandatangan.

Media tempatan melaporkan suspek adalah warga Brazil. Parti lawan Kirchner 'Together for Change' mengecam serangan itu.

"Saya menolak sekeras-keranya terhadap serangan dialami oleh Cristina Kirchner, yang bernasib baik tidak cedera. Perbuatan yang sangat serius ini memerlukan siasatan segera dan mendalam oleh pendakwa raya dan pasukan keselamatan," kata Mauricio Macri, yang merupakan presiden dari 2015 hingga 2019.

Presiden Venezuela Nicolas Maduro, sekutu kuat Kirchner yang menyifatkan tuduhan terhadapnya sebagai "perbuatan palsu", turut menyatakan sokongannya pada malam Khamis.

“Kami bersolidariti kepada Naib Presiden Cristina Kirchner dalam menghadapi serangan terhadap nyawanya,” tulisnya. "Kami bersungguh-sungguh menolak tindakan ini yang bertujuan untuk menggugat keamanan saudara kita rakyat Argentina. Tanah air yang hebat bersamamu, kawan!"

Beratus-ratus aktivis telah berkumpul dalam beberapa hari kebelakangan ini di hadapan rumah Kirchner, yang dituduh secara salah memberikan kontrak kerja awam di kubu kuatnya di Patagonia.

Pendakwa raya meminta bekas presiden itu, yang memerintah dari 2007 hingga 2015, berdepan hukuman penjara 12 tahun dan larangan seumur hidup daripada politik.

Kirchner, 69, adalah presiden Senat dan menikmati imuniti parlimen.

Walaupun sabit kesalahan, keputusannya dijangka diumumkan pada akhir tahun dia tidak akan dipenjarakan melainkan hukumannya disahkan oleh Mahkamah Agung negara itu, atau dia kehilangan kerusi Senatnya pada pilihan raya akan datang pada penghujung 2023.- AFP


(Tangkap layar video yang dikeluarkan oleh TV Publica menunjukkan seorang lelaki mengacukan
pistol ke arah 
Naib Presiden Argentina Cristina Fernandez de Kirchner ketika dia tiba
di kediamannya di Buenos Aires pada 1 September 2022/AFP)

Media Baharu