fb fb fb fb fb

Lagi kematian membabitkan ibu dan bayi ketika bersalin, tiga petugs kesihatan ditahan

(Foto Hiasan / Feature Shoot)

DAKAR, 2 September- Pihak berkuasa Senegal menahan tiga pekerja kesihatan berhubung kematian seorang wanita hamil dan bayinya, kata wakil kesatuan sekerja pada Khamis.

Semasa bersalin di bandar luar bandar tenggara Kedougou pada malam Selasa, seorang wanita dan bayi yang dikandungnya meninggal dunia, menurut wakil kesatuan kesihatan memberitahu AFP yang enggan namanya didedahkan.

Laporan media tempatan telah menggambarkan keadaan teruk di pusat kesihatan di Kedougou, kira-kira 700 kilometer (435 batu) dari ibu kota Dakar dan salah satu bandar termiskin di Senegal.

Tiga orang, iaitu seorang pakar sakit puan, pakar bius dan seorang jururawat telah ditahan sejak Rabu, kata wakil kesatuan itu.

"Mereka ditahan di Kedougou kerana kecuaian".

Sistem penjagaan kesihatan Senegal yang kekurangan dana tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi begitu juga dengan peralatan dan ubat-ubatan.

Negara Afrika Barat itu mempunyai kadar kematian ibu kira-kira 315 kematian bagi setiap 100,000 kelahiran, jauh melebihi purata global 211, menurut data 2017 yang dikeluarkan PBB.

Persatuan Pakar Sakit Puan dan Obstetrik Senegal (ASGO), yang mempunyai ahli antara tiga pekerja kesihatan yang ditahan, mempertahankan penjagaan pasukan itu dan menggelarnya sebagai "penahanan yang salah".

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang Khamis, persatuan itu berkata pasukan itu telah mengambil "keputusan yang sesuai" untuk wanita itu dan bayinya, menggunakan teknik obstetrik yang diperlukan.

Persatuan itu tetap menyokong tiga petugas yang ditahan dengan menyifatkan "mereka bertugas beratus-ratus kilometer dari Dakar dalam keadaan kerja yang sangat sukar", kata kenyataan itu.

Media Senegal melaporkan bahawa Dioura Diallo yang sarat mengandung tiba di pusat kesihatan pada petang Selasa.

Dia meninggal dunia selepas mengalami pendarahan yang banyak dan menjalani pembedahan caesarean di mana bayi itu mengalami kecederaan sebelum meninggal dunia, menurut laporan.

Insiden itu menaikkan kemarahan lagi kemarahan penduduk.

Pada 7 April lalu, Astou Sokhna, seorang wanita berusia tiga puluhan, meninggal dunia semasa bersalin di sebuah hospital di Louga, utara Senegal, selepas menunggu dalam kesakitan yang untuk pembedahan caesar yang dimintanya.

Tiga bidan telah dijatuhkan hukuman penjara enam bulan pada Mei kerana "kegagalan membantu pesakit dalam bahaya" dalam kes itu.

Pada 25 Mei, 11 bayi yang baru lahir maut dalam kebakaran hospital di bandar barat Tivaouane.

Tiga orang ditahan namun dibebaskan dengan ikat jamin pada Ogos, menurut media tempatan.

Empat bayi yang baru lahir turut maut dalam kebakaran di unit neonatal di Linguere, utara Senegal, pada April 2021.

Presiden Macky Sall mengakui sistem kesihatan menjadi semakin teruk selepas tragedi Tivaouane dan mengarahkan audit seluruh negara bagi perkhidmatan neonatal.-AFP


(Foto Hiasan)

Media Baharu