fb fb fb fb fb

90,000 ribu bangunan di Istanbul berisiko roboh jika berlaku gempa bumi

(FOTO AFP)

ISTANBUL, 16 Februari - Sejumlah 90,000 ribu bangunan di Istanbul iaitu bandar terbesar Turkiye, berisiko roboh jika gempa bumi kuat berlaku pada bila-bila masa.

Perkara itu dimaklumkan Datuk Bandar Istanbul, Ekrum Imamoglu.

Menurut beliau, amaran itu dibuat ketika jumlah kematian akibat gempa bumi pada 9 Februari lalu di tenggara Turkiye dan utara Syria kini melebihi 41,000 orang.

Anggaran bangunan berisiko runtuh dalam gempa bumi di Turkiye adalah hampir dua kali lebih besar.

(Lebih 10,000 bangunan runtuh di Turkiye berikutan gempa bumi kuat minggu lalu/AFP)

Kebimbangan itu timbul selepas lebih 10,000 bangunan runtuh di Turkiye berikutan gempa bumi kuat minggu lalu.

Pada masa ini, pasukan penyelamat dilaporkan terus berusaha mencari mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan bangunan.

Pihak berkuasa perlu menambah baik struktur bangunan selaras dengan kod pembinaan Turkiye untuk mendirikan bangunan di kawasan yang terdedah kepada gempa bumi.

Kira-kira 317,000 struktur bangunan di Istanbul diberikan kelulusan mengikut kod pembinaan yang ditetapkan. -AFP

Media Baharu