fb fb fb fb fb

Putera Mahkota Arab Saudi sambut kedatangan Trump di Riyadh

Foto AFP

RIYADH, 13 Mei- Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, disambut Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, sebaik tiba di Riyadh pada Selasa; memulakan lawatan empat hari ke negara Teluk.

Lawatan itu dijangka lebih tertumpu kepada pemeteraian perjanjian ekonomi.

Destinasi seterusnya di Qatar dan Emiriah Arab Bersatu juga dijangka menumpukan perhatian kepada isu ekonomi.

Trump turut memaklumkan bahawa beliau dijangka ke Turkiye pada Khamis untuk pertemuan secara bersemuka antara Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy berhubung perang yang masih berlanjutan.- REUTERS

BERITA BERKAITAN:

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM