fb fb fb fb fb

Trump mulakan lawatan ke negara teluk, tumpu perjanjian ekonomi

Foto AFP

RIYADH, 13 Mei- Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, tiba di Riyadh hari ini bagi memulakan lawatan rasmi ke negara Teluk.

Lawatan tersebut turut melibatkan Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan fokus utama kepada perjanjian ekonomi dan kerjasama keselamatan.

Ketibaan Trump disambut dengan kawalan jet pejuang dan sambutan rasmi diraja, dengan Trump dijadual berucap di forum pelaburan dan menyertai sidang kemuncak pemimpin negara Teluk.

Lawatan itu berlangsung selepas beberapa kejayaan diplomatik termasuk gencatan senjata India-Pakistan, pembebasan tebusan di Gaza dan rundingan nuklear baharu dengan Iran.

Trump sebelum ini turut bersetuju dengan gencatan senjata bersama Huthi yang disokong Iran di Yaman.

Lawatan berkenaan merupakan yang pertama bagi penggal kedua Trump dan disifatkan White House sebagai “kepulangan bersejarah”.

Arab Saudi juga menjadi destinasi lawatan luar negara pertama Trump pada 2017.- AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM