fb fb fb fb fb

North Island kini lumpuh ekoran taufan Gabrielle

(FOTO AFP)

NAPIER, 16 Februari - North Island kini lumpuh ekoran taufan Gabrielle yang membawa hujan lebat berlarutan selama empat hari lalu mencetuskan puluhan kejadian tanah runtuh dan banjir meluas hingga memusnahkan rangkaian jalan raya.

Bencana yang merekodkan lima korban, 3,500 orang dilaporkan hilang dan sekurang-kurangnya 10,500 orang yang lain kehilangan tempat berlindung, mengundang krisis baharu yang memerlukan tempoh lama untuk pulih.

Perdana Menteri New Zealand, Chris Hipkins dalam reaksinya merayu bantuan antarabangsa untuk memulihkan semula kehidupan di North Island yang dihuni lebih tiga suku daripada lima juta penduduk New Zealand.

Bencana yang menyebabkan berlaku krisis bekalan air bersih, makanan dan bahan api menuntut bantuan segera pasukan penyelamat antarabangsa.

(Kesan kerosakan banjir yang berlaku akibat taufan Gabrielle berhampiran Napier/AFP)

Agensi Pengangkutan Nasional dalam satu kenyataan berkata jambatan utama di Napier yang menghubungkan 65,000 penduduk North Island ke seluruh negara itu juga rosak teruk dan menjejaskan jaringan perhubungan penduduk.

Hipkins memberi amaran, proses pemulihan akan mengambil tempoh masa yang lama dan merayu mangsa terjejas bersabar dan tabah dengan tragedi menimpa mereka

Setakat ini, pasukan pakar tindak balas kecemasan dari Australia akan tiba dalam masa terdekat selain tawaran bantuan daripada negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat. -AFP

Media Baharu