fb fb fb fb fb

CEO baharu bakal terajui Twitter akhir tahun 2023 - Musk

(FOTO FAIL)

DUBAI, 16 Februari - Pemilik Twitter, Elon Musk beri bayangan bahawa seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu bakal menerajui platform dalam talian itu menjelang akhir tahun 2023.

Beliau berkata demikian selepas melalui tempoh yang disifatkan sebagai tidak menentu sejak mengambil alih syarikat itu tahun lalu.

Jelas Musk, fokus utama sekarang ialah menstabilkan Twitter dan memastikan ia berada dalam keadaan kukuh, di mana hala tuju produk harus dibentangkan dengan jelas.

Beliau meletakkan sasaran agar Twitter berada dalam kedudukan stabil sekitar akhir tahun ini.

(Pemilik Twitter, Elon Musk bercakap sewaktu Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia di Dubai melalui
video/AFP)

Musk membayar $44 bilion untuk mengambil alih platform media sosial kegemarannya itu.

Saham syarikat itu menjunam sejak Musk mengambil alih Twitter.

Ketika ini pengiklanan merupakan sumber utama pendapatan Twitter. -AFP

Media Baharu