fb fb fb fb fb

AS dan China setuju kurangkan tarif, Trump akan bercakap dengan Xi

Foto AFP

WASHINGTON, 12 Mei - Amerika Syarikat (AS) dan China bersetuju mengurangkan tarif timbal balik selama 90 hari, selepas perbincangan pertama sejak Presiden Donald Trump melancarkan perang perdagangan.

Dalam kenyataan bersama, kedua-dua negara sepakat untuk menurunkan tarif tiga digit kepada dua angka dan teruskan rundingan.

Pengumuman ini menaikkan pasaran kewangan, dengan indeks Wall Street melonjak.

"Kami mencapai reset sepenuhnya dengan China selepas perbincangan produktif di Geneva," kata Trump yang bercadang bercakap dengan Presiden Xi Jinping hujung minggu ini.

AS dan China masing-masing bersetuju untuk mengurangkan tarif kepada 30% dan 10%.

Selain itu, Washington berhasrat bekerjasama dengan Beijing untuk mengatasi halangan bukan tarif yang membebankan firma AS. - AFP

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI