fb fb fb fb fb

Paus Leo XIV seru media galakkan keamanan

Tolak perang kata-kata dan imej/AFP

ATHENS, 12 Mei - Paus Leo XIV pada Isnin menyeru pengamal media agar mempromosikan keamanan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam pertemuan bersama pengamal media di Rom, beliau menggesa agar mereka menggalakkan komunikasi yang tidak mengejar konsensus secara membuta tuli, tidak menggunakan kata-kata yang agresif, tidak mengikuti budaya persaingan serta tidak memisahkan pencarian kebenaran daripada kasih sayang yang mesti dicari dengan kerendahan hati.

“Kita mesti menolak perang kata-kata dan imej, kita mesti menolak paradigma peperangan,” katanya.

Mengulas mengenai perkembangan pesat penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pelbagai sektor, Paus menegaskan bahawa potensi besar teknologi itu menuntut “tanggungjawab dan kearifan” agar ia digunakan untuk kebaikan sejagat dan membawa manfaat kepada seluruh manusia. -  BERNAMA-ANADOLU

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN