BEIJING, 13 Mei– China akan terus memperkukuh hubungan dengan negara-negara di Amerika Latin dan Caribbean.
Perkara tersebut dimaklumkan Presiden China, Xi Jinping.
"China akan tetap menjadi rakan kongsi yang baik bagi negara-negara di rantau tersebut, walaupun dunia sentiasa berubah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis perasmian Mesyuarat Menteri Keempat Forum China-Komuniti Negara-negara Amerika Latin dan Caribbean (CELAC)
di sini pada Selasa.
Dalam ucapannya, Xi turut menyeru negara-negara terlibat agar berganding bahu membina masa depan yang lebih cerah melalui kerjasama erat dan sokongan bersama dalam usaha pemodenan masing-masing. – REUTERS